Weekend!

Salam dear friends.
Hari-hari weekend begini lah siok untuk stalk orang. Hehe. #JK. Sangat mengejutkan bagaimana orang boleh cakap belakang tentang kita sedangkan apa yang mereka tahu hanyalah nama kita sahaja kan? Begitulah manusia suka sangat judge orang walau baru sahaja mereka berjumpa, terus tidak suka. Sedangkan kawan karib sendiri pun sepanjang hidup yang ada belum tentu mereka dapat mengenal siapa diri kita yang sebenar. Manusia ne mereka hanya akan suka dengan orang lain bila ada common interest dengan orang lain, e.g minat tengok drama yang sama, makanan yang sama.

Permulaan perkenalan manusia memang tiada topic lain melainkan apa yang tentang apa mereka minati sahaja. Selepas itu baru lah pergi topic advance sikit. Aku ada kawan, kami sma2 minat drama korea yang sama. Asal jak jumpa mesti cakap pasal drama tuh. Bha, setakat yang aku ingat sampai sekarang belum ada lagi topic lain kami cerita. Haha. Okey fine. 

Keadaan di pondok ne sepoi2 bahasa pulak. Pastuh solo2 lagi aku kat sini. Layan jiwang. Iyolah sangat layan jiwang. Padahal dua hari akan dating ada ujian. Nah abis kau melayan jiwang sana. Takper malam ne aku ada determination sudah nak buka buku. Bukan buka muka buku. Haha.
Okay bye.