Susah
adalah perkataan biasa,
aksaranya barisan yang bermakna
namun hanya segelintir bisa menyebutnya dengan rasa
yang pasti bukan hanya menyebutnya dengan lidah yang basah.
Insan di hadapan ku
tolong kenalkan siapa dia
kerana pantulan cermin itu
sudah hilang syair dan lagu
sudah tidak ku kenal pasti.