Salam u’allz. Berlatih nak jadi DJ hotfm. Kununlah.
Pernah dengar pasal RWMF? Cahya pun baru tahu sebenarnya dari sorang blogger, tapi lupa dah siapa blogger tersebut. Sepa terasa dan terbaca tuan punya badan bgtau Cahya key. Leh credit skit. Nak dijadikan crita, RWMF ne atau Rainforest World Music Festival selalu diadakan di Sarawak. Semua band2, pemuzik2 dari seluruh dunia join jamming sekali. Itu setakat yang Cahya tahu lah. Kalau nak gali ngan lebih lanjut blehlah korang usha kat [sini].
In every game over, there always be ‘please try again’ |
Nak dijadikan cerita, orang kata sesuatu perkara tidak akan dapat kita tafsirkan sama ada feel dia seronok atau vice versa sehinggalah kita merasainya sendiri. Cahya pula semenjak dari kecil sampailah sekarang tak pernah pergi jamming ke, tgk konsert mini ke. Sebabnya? Jangan ditanya sebab Cahya memang tak boleh jawab. Kalau betul2 nak tahu mesti face to face dgn Cahya kalo berani. Hehe.
Novel Contengan Jalanan Hlovate pun ada menyebut dan menceritakan tentang Festival ne. Kalau digambarkan dalam buku memang macam best lah kan, macam di awang-awangan, dimana hari begitu indah, burung-burung berkicauan, semua keadaan sekeliling diwarnai dengan imaginasi pembaca berdasarkan illustrasi penulis. Tapi realitinya, apa yang kita baca, yang kita tengok kat tb, tak sama dengan benda yang betul2 kita alami. Betul ngak? Sunyi.. Tiada jawapan. Hee.
Apapun Cahya tulis entri ne dengan mengubur niat yang masih belum kesampaian. Cheers.