Entah kenapa aku suka sangat dengan cerita-cerita begini. Kekadang risau juga dengan diri sebab suka betul dengan bahan bacaan tentang cara pecah rumahlah, cara mencuri lah, macamlah kita nak apply dalam kehidupan harian kita.
Sebelum bermula, terima kasih kepada pihak Buku PTS kerana sudi membekalkan buku ini kepada saya dengan penukaran resensi jujur.
1. Plot
Seperti yang sedia maklum Arsene Lupin merupakan competitors kepada Sherlock Holmes dalam pencarian solusi dari sisi jenayah. Asalnya karya yang dimuatkan didalam sebuah majalah Perancis kini boleh dinikmati dalam satu buku yang mempunyai sembilan artikel semuanya. Ini membuatkan setiap bab padat dengan aksi dan senarai panjang berkenaan sesiapa sahaja boleh menjadi Arsene Lupin tidak pernah habisnya.
Setiap plot dihiasi dengan plot twist yang tersendiri, mereka yang membaca Sherlock Holmes pasti mengetahui bahawa gaya ceritanya lebih kepada penyiasatan (whodoit) manakala Arsene Lupin pula lebih kepada membuat pembaca meneka ‘watak apa yang aku pegang sekarang eh?’.
Me in every chapter end:
Pertanyaan sama ada naratif sekarang adalah Arsene Lupin atau tidak merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan, Maurice Leblanc bukan sekadar memainkan watak-watak buatannya dengan baik, malah mampu melakukan silap mata yang menipu tapi pada masa yang sama, mengujakan pembaca.
2. Karakter Arsene Lupin
Peminat siri LUPIN pasti mengenal kualiti yang ada pada Arsene Lupin sendiri, bahawa dia adalah seorang yang gemar akan perhatian orang ramai, mempunyai citarasa kelas pertama kerana pasti akan mengenal sesuatu yang berharga dengan sekali pandang, dan tidak ketinggalan, seseorang yang gemar berjenaka meskipun dalam tekanan.
Kualiti yang ada pada karakter Arsene Lupin membuatkan penampilan karakter dia sesuatu yang sangat berkuasa dan digeruni. Misteri dan bijak didunianya sendiri. Namun begitu, meskipun kebanyakan artikel menceritakan akan kehebatan Arsene Lupin, akan ada sampai satu masa diri dia pula yang terkena. Ini menunjukkan, meski dia hebat, tapi dia juga manusia biasa, seperti Sherlock Holmes.
3. Kisah paling diminati
Antara sembilan kisah yang disajikan, aku sangat sukakan Bab Kalung Ratu, jalan ceritanya sangat menarik, penuh misteri disamping backstory yang terpalit kesedihan. Benarlah bahawa jangan pandang satu cerita sebelah mata, tapi pandanglah dari semua mata yang terlibat. Pengakhirannya membuatkan aku sedikit terkilan bagaimana manusia sanggup lakukan apa sahaja apabila keadaan memaksa.
Akhir kata, saya sangat rekomen buku ini kepada mereka yang terhibur dengan movie Now You See Me, Tower Heist, Ocean Eleven dan LUPIN sendiri, karya ini adalah akar umbi kepada cerita tersebut dan semestinya lima bintang. Ini adalah buku yang pasti akan saya baca berulang kali.
Syabas kepada penterjemah dan PTS sendiri!