February : The Month I Quit My Job

After being so much hiatus and busy regarding these two months, on 28 February 2019, I left my job. Most of my friends ask me the obvious question on why do I quit this job? After five years of membanting tulang, berpenat lelah, rising the empire together with my team, at the end it comes to this?

Aku hanya senyum.

Aku pun pada mulanya sedikit terkejut dengan sebulat decision ini. Percayalah, nak membumikan keputusan ini sangatlah susah, dan alhamdulillah Allah sentiasa permudahkan. Dan aku nampak arah tuju aku selepas semua ini berakhir bahkan sebelum ianya berakhir. Jadi untuk menjawab soalan, pendirian aku untuk berhenti adalah untuk melanjutkan pelajaranku dan sharpening my skills in business untuk terjun kedalam industri baru, iaitu penulisan dan buku.

Angan-angan, mimpi dan usaha.

Setelah melalui beberapa kesusahan beberapa bulan yang lalu. Aku sering bertanya, is it worth it? Doing all these things. Living for the weekend or night and sometimes leaving all what you love to do behind? Angan-angan dalam memiliki kedai buku sudah lama aku pasang, dan sehingga kini aku masih bermimpi, tapi aku juga inginkan dia menjadi kenyataan. Dan untuk menjadikannya kenyataan, perjalanan ini perlunya pengorbanan.Ustaz Pahrol kata, dalam dunia ini kita tidak akan dapat semuanya, kita perlu melepaskan sesuatu untuk dapat sesuatu yang lain. Dan dengan bayaran inilah aku melepaskan sesuatu yang aku sayang.

Dan Allah, Yang Sentiasa Memudahkan.

Proses meninggalkan kerja juga berlaku secara berperingkat dan tersusun, bidang kerjaku dengan mudah dapat diambil alih, ketua setuju dengan action yang aku ambil dan dia ada juga berkata bahawa keputusan ini adalah satu keputusan yang bijak, yang aku kira dia maksudkan adalah tentang inilah masanya, untuk aku keluar dari zon selesa.

Zon Selesa dan kemana ia membawa kita?

Jujur sebenarnya aku tidak tahu, bahawa sebenarnya aku telah berada dalam zon selesa, sehinggalah aku ditimpa musibah dimana I need to battle with myself with lots and lots of tears and self-reflect. Sampailah aku sedar, bahawa aku ni manusia tidak punya apa-apa, sekelip mata Allah boleh ambil segalanya. Semuanya kepunyaan Allah.

Allah Pemberi Idea

Segala kebaikan, idea mahupun ilham yang baik hanyalah dari Allah. Tugas kita hanya berusaha menjalankannya.

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:” Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami. (Al-Qasas:7)

Dan antara yang meneguhkan

Ibu, ayah dan teman seperjuanganku yang sentiasa memberi sokongan – Alhamdulillah Allah dekatkan aku dengan individu-individu yang sentiasa berfikiran positif, meskipun aku sudah jauh di ufuk, mereka masih mampu dengan izin Allah menarikku keluar.

Tiba masanya untuk keluar dari kepompong

Aku tidak pernah tahu sampai bila semangat aku akan berkobar, sampai bila aku mampu bertahan di jalan yang aku pilih, tapi aku punya Tuhan, Sebaik-Baik Penolong, yang hingga ke akhirnya menemaniku dalam perjalanan yang serba sepi tapi penuh pengharapan ini.

Terima kasih kerana membaca, sedikit teaser juga bagaimana arah The Hundred Pages selepas ini, masih lagi tentang buku dan lifestyle, cuma a bit differ in presenting. Ada sedikit perubahan, a bit manglish here and there, semoga kekal blog ini menebar manfaat.

Till then, doakan saya. <3